Polisi Pemulangan Dan Bayaran Balik Wang

Semua produk yang dibeli secara online melalui Bio Greeno Malaysia boleh dipulangkan semula. Dalam sebarang kejadian ketidakpuasan, anda boleh memulangkan produk tersebut dalam tempoh 14 hari mulai dari tarikh pembelian untuk mendapat bayaran balik penuh. Pemulangan tidak akan diterima selepas 14 hari dari tarikh pembelian.

Kami akan menanggung kos penghantaran jika didapati kecatatan atau kerosakan produk tersebut adalah disebabkan oleh kesalahan kami sendiri. Sementara itu, jika didapati produk yang dikembalikan disebabkan oleh perkara selain di atas, anda akan bertanggungjawab ke atas kos penghantaran.

Produk-produk itu akan kami siasat sebaik sahaja penerimaan dari pihak kami. Kesemua produk-produk itu mestilah berada dalam keadaan baik dan pembungkusan produk termasuk invois asal berada dalam keadaan teratur untuk mendapatkan bayaran balik penuh. Jaminan kami tidak termasuk kerosakan atau penggunaan produk yang disebabkan oleh pihak pelanggan sendiri. Sebaik sahaja kami menerima produk tersebut, kami akan kreditkan atau membayar balik kepada anda sebagaimana pembayaran asal dibuat ke atas kami dalam tempoh masa 30 hari dari tarikh penerimaan pemulangan produk.

Sila pulangkan produk di alamat berikut:
Bio Greeno Sdn Bhd
58, Jalan Puteri 2/4,
Bandar Puteri,
47100 Puchong,
Selangor.

Jika terdapat sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi kami melalui email biogreeno@gmail.com atau di talian +603-8063 7889.