Latar Belakang Syarikat
"THE ULTIMATE POWER IN CHANGING YOUR LIFE"

Sejak penubuhan GREENO® pada tahun 2006, GREENO® sentiasa menjunjung konsep yang prihatin kepada alam semula jadi, kesihatan, sentiasa menghormati kepada integriti dalam falsafah perniagaannya dan berusaha untuk memperbaiki gaya hidup masyarakat moden ini dalam penciptaan model perniagaan yang berkualiti tinggi. Dengan gaya perniagaan yang praktikal, reputasi yang cemerlang dan imej profesional, syarikat sentiasa menyediakan produk-produk kecantikan yang semula jadi, berkesan, selamat dan praktikal bagi penjagaan kesihatan dan mencipta kekayaan.

Hari ini, GREENO® telah berkembang menjadi peneraju pasaran di dalam makanan tambahan untuk hati, dan akan mengembangkan melalui rangkaian global di Taiwan, Malaysia, Singapura, Brunei, Hong Kong, India, Indonesia, Thailand, dan lain-lain lagi.

Falsafah Korporat

Kita berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kecemerlangan mengikut nilai-nilai korporat berikut:

 

i) Intregriti : kita memelihara intregriti dan ikhlas setiap masa
ii) Tanggungjawab : kita bertanggungjawab dan dipertanggungjawabkan diatas tindakan dan kelakuan kita
iii) Kreativiti : kita berterusan memperbaiki dan berkreatif di dalam semua perkara yang kita lakukan
iv) Penghargaan : kita menghargai dan menghormati semua orang di dalam kehidupan kita

 

Logo Greeno®

Warna hijau ialah warna utama dalam logo GREENO®, ia bermaksud konsep "menghala ke arah semula jadi dan menghala ke arah mesra alam". Sementara itu, logonya turut mempunyai corak daun Ginkgo. Corak daun Ginkgo ini bermakna bahawa semangat yang tinggi dan tidak mudah berputus asa.

Nama syarikat, BIO GREENO® dinamakan dengan membawa makna seperti di bawah:

BIO : "Biotechnology" digunakan dalam produk syarikat supaya memenuhi konsep mesra alam.
GREEN : "Natural" dititikberatkan dalam produk syarikat supaya membantu kita menuju ke cara hidup yang sihat.
O : "Opportunity" akan sentiasa dicipta dan disediakan kepada semua pelanggan BIO GREENO®.
Pengasas Greeno®
DR ENG WEE SIAN

Beliau mempunyai lebih daripada 28 tahun pengalaman dalam bidang MLM. Beliau telah berjaya melahirkan beribu-ribu usahawan cemerlang dan memimpin mereka ke arah hidup yang sihat dan bahagia.

Vision & Mission

Visi - Kita bersedia untuk membantu seluruh warga dunia mencapai kualiti kesihatan dan kecantikan yang lebih baik demi menikmati kehidupan yang lebih sempurna.

Misi - Kita berkomited untuk mengeluarkan produk kesihatan dan kecantikan yang bertaraf dunia serta memasarkannya ke mata dunia melalui strategi pemasaran yang luar biasa supaya semua orang dapat merealisasikan impian dan mencapai matlamat hidup yang penting dan positif.

Anugerah & Pensijilan

 

AJL Certification

 

Sijil Penghargaan 2011

 

Industry Excellence Award 2011

 

MDDA

Distinguished Service Award for Medical Silicon

 

Sijil Penghargaan oleh
 Fisheries Agency, Council of Agriculture Taiwan